19 May 2013

Hamirudin Hamidi is still waiting for you to join Twitter...

 
Top corners image
     
 
   
 
 
 

Hamirudin Hamidi is still waiting for you to join Twitter...

 
 
  Accept invitation  
 
     
 

Twitter helps you stay connected with what's happening right now and with the people and organizations you care about.

 

14 May 2013

Cabaran Hidup


Salam Cemerlang,

Hidup memang banyak masalah, banyak cabaran.. Orang kaya pun ada yang banyak masalah.. Inikan pula orang sederhana dan tidak berkemampuan, lebih banyak cabaran.. Kita melalui usia kita memang sebegitu, saban hari ada saja cabaran yang kita kena tempuh.. Yang tidak menghadapi masalah adalah orang yang sudah tiada di dunia ini (itupun menghadapi cabaran juga).. Jadi, kita tidak boleh kata kita ini bebas masalah..

Terpenting, bagaimana kita menghadapi cabaran hidup iaitu cara-cara kita menyelesaikan setiap cabaran itu.. Melarikan diri daripada masalah bererti menarik masalah itu untuk mengejar kita semula..

Pilih Salah Satu Kerjaya Dalam Hidup!


Salam Cemerlang,

Kadang-kadang kita sendiri terasa malu kerana komitmen yang kita nyatakan melalui lisan tidak dapat direalisasikan dengan perbuatan/perlakuan.. Kadang-kadang kita amat sibuk dengan tugasan harian di pejabat sehingga jadual untuk bidang baru pun terpaksa ditunda-tunda.

Sebenarnya, memang kita sibuk dengan kerja hakiki, tetapi kita cuba juga untuk masuk ke bidang baru yang lebih mengujakan. Kita sudah bosan dengan kerja hakiki di pejabat, lantas kita cuba untuk memasuki bidang baru, part time dan sebagainya. Cabarannya ialah, kita kena menyelesaikan kerja-kerja hakiki kita. Kesibukan itulah yang membuatkan kita sambil lewa sahaja untuk memasuki bidang baru. Lagipun setiap bulan kita akan memperolehi gaji, kan? So ramai yang relax..

At this point of time, in this minute and second, buat keputusan yang sebenar-benarnya bidang yang mana kita ingin excel?!! Bidang baru atau bidang kerja hakiki..? Barangkali ramai yang takut untuk menceburi bidang baru kerana takutkan pendapatan yang kurang pada mulanya.. Tetapi ingatkah kita semasa kita mula-mula bekerja dulu, bukankah pendapatan kita juga amat rendah berbanding sekarang? Bermula dari rendah, in sha Allah pada masa akan datang pendapatan kita akan lebih tinggi daripada apa yang kita perolehi sekarang! Syaratnya ialah kena rajin berusaha, merendah diri dan ambil apa sahaja peluang halal yang ada.. From Zero to Hero! 

Adakan back up secukupnya, sekurang-kurangnya gaji penuh untuk 6 bulan untuk kita mulakan 'tapak'..

Buatlah pilihan sekarang.. Semakin lambat kita membuat keputusan yang hebat, semakin kita rugi..

09 May 2013

Keluarlah Dari Zon Selesa!


Salam Cemerlang,

Kita tidak boleh untuk berada di zon selesa untuk tempoh waktu yang lama.. Jika kita takutkan masa depan yang kelam sekiranya kita keluar daripada organsasi kita sekarang, yakinlah bahawa yang memberikan rezeki kepada kita setiap hari ialah Allah, bukannya organisasi tempat kita bekerja itu. Ini persoalan iman, percaya kepada Qada dan Qadar..

Dan pula, billionaire yang ternama di negara kita masih boleh menambah kekayaan setiap hari walaupun mereka tidak pun bekerja di organisasi kita bekerja. Bukanlah mahu bercakap tinggi, tetapi kita mesti yakin sepenuhnya bahawa Allah adalah Maha Memberi Rezeki.

Mengapa pula keluar dari zon selesa sedangkan kita sudahpun selesa kerja 9-5 tiap-tiap bulan dapat gaji? Tidak lain tidak bukan, kita perlu berhijrah bukan sekadar untuk mendapat tempat atau rezeki yang lebih baik, tetapi untuk memberikan lebih banyak manfaat kepada lebih ramai orang di luar zon selesa kita itu, in sha Allah..

Menyisihkan Perkara Tidak Penting Di Dalam Facebook

Salam Cemerlang,
 
Setiap hari kita membaca updates terkini di Facebook.. Lama sosial ini beroperasi 24 jam. Apabila saya terbangun jam 5:30 pagi setiap hari, pasti ada updates yang ditulis oleh rakan-rakan Facebook 2-3 jam sebelumnya.
 
Kita boleh menggunakan masa terluang kita untuk klik pautan 'Home' di sebelah nama kita di atas (kiri). Di sana terdapat banyak updates tetapi bergantung juga kepada jumlah rakan-rakan anda. Kita boleh membaca updates mereka semasa lapang, namun, yang menarik masa kita ialah apabila kita membaca komen-komen yang meleret di bahagian bawah setiap updates!
 
Di dalam buku motivasi masa depan bertajuk Siapa Kita 10 Tahun Lagi?, ada dituliskan mengenai kepentingan kita untuk 'Menyisihkan Perkara Yang Tidak Penting'. Untuk apa kita menyisihkan perkara yang tidak penting dan fokus sahaja pada perkara yang penting? Kerana yang tidak penting itu akan mengganggu tumpuan dan masa kita yang amat berharga. Masa tentunya tidak dapat 'ditarik' kembali sekiranya kita mensia-siakannya, bukan?
 
Jadi, boleh membaca updates, tetapi mungkin kita patut elakkan membaca sekali komen-komen yang pelbagai di bahagian bawah updates tersebut. Dibimbangi kita akan terbuang masa kita yang amat berharga!

18 April 2013

Fikir 100 Kali Sebelum Membeli Gajet!

Salam Cemerlang,
 
Dalam pada berkira-kira hendak membeli sesebuah gajet baru, fikirkan:
 
1. Apakah keperluan kita memilikinya?
2. Adakah ia keperluan diri atau sekadar keperluan sosial?
3. Sejauhmana gajet tersebut dapat membantu kita dalam kehidupan seharian?
4. Adakah ianya mudah untuk dibawa?
5. Jika selama ini kita boleh hidup tanpanya, mengapa pula kita perlu membelinya? Kerana selama ini tanpa gajet tersebut, kita ok sahaja...
6. Adakah kita mementingkan rupa gajet tersebut atau pergi secara mendalam terhadap spesifikasinya yang memenuhi keperluan kita?
7. Adakah kita akan pergi terus ke hi spec dan tidak sekadar yang memenuhi our basic requirement?
8. Adakah gajet tersebut mampu memenuhi keperluan jangka masa panjang atau hanya memenuhi keperluan jangka pendek?
9. Adakah kita sudah melihat kedai lain yang menjual pada harga lebih kompetitif?
10. Adakah kita sudah fikir 100 kali mengapa kita patut membeli gajet tersebut atau hanya berfikir satu kali saja?
 
Selama lebih 15 tahun saya menggunakan telefon bimbit sejak 1998, perkara-perkara di atas inilah yang selalu saya fikirkan.. Mungkin sebab itu saya masih tidak membeli Mini Ipad yang berharga RM 1699 tetapi sebaliknya membeli basikal touring dan basikal mountain yang lebih tinggi harganya daripada Mini Ipad tersebut.. Fikir-fikirkanlah sebelum membuat keputusan..

15 March 2013

Kitakah Yang Mengejar Kemajuan?


Salam Cemerlang,

Saya pernah mendengar kalau tak silap, Tun Mahathir pernah berkata, "bukan kita yang mengejar teknologi, tetapi teknologi yang mengejar kita".. Benar sungguh kata Tun apabila Samsung memperkenalkan Samsung Galaxy S4 pula selepas memperkenalkan S3 pada pertengahan tahun lepas..

Terpulang kepada kita samada mahu menjadikan gajet sebagai hamba kita iaitu ia akan memenuhi keperluan minimum kita, ataupun kita diperhambakan oleh kemunculan atau pengenalan gajet-gajet baru, iaitu setiap kali keluar gajet baru, kita akan mengejarnya dengan sejumlah wang kita..


http://www.ft.com/cms/s/0/6227e268-8c0b-11e2-b001-00144feabdc0.html#axzz2NZAMkZEM