21 March 2013

Ceramah Keibubapaan di Sekolah Kebangsaan Batu 4 (1), Jalan Ipoh


Pada hari Sabtu yang lalu bersamaan dengan tarikh 16 Mac 2013, En Hamirudin Hamidi telah dijemput untuk memberikan ceramah keibubapaan sempena dengan mesyuarat agung tahunan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Batu 4 (1), Jalan Ipoh. Majlis dimulakan dengan mesyuarat agung yang dijalankan secara tahunan sebelum slot ceramah keibubapaan berlangsung. Tajuk yang telah diberikan ialah 'Peranan Ibubapa Selepas Anak Memasuki Sekolah Menengah'.

Semoga dengan berlangsungnya ceramah keibubapaan ini, diharapkan agar para ibubapa yang hadir akan mendapat sedikit sebanyak idea yang boleh digunakan untuk menyediakan anak-anak mereka keperluan-keperluan yang sepatutnya untuk mereka melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah, in sha Allah!






Jumlah Pelawat

 

Ikuti Blog Ini

Sebarang Pertanyaan

Emel kami: hamirudin@gmail.com

Jurubina