03 October 2013

Bersiaran di MHI Pagi Ini!


Salam Cemerlang,

Selepas hampir 2 tahun tidak bersiaran di TV, pada pagi ini saya telah diundang ke Malaysia Hari Ini (MHI), TV3 untuk slot bual bicara buku kedua saya iaitu 'Survival Kit Pelajar Menengah' pada jam 8 pagi. Saya amat teruja kerana jemputan ini dan yang paling meninggalkan kesan ialah, saya telah ditemubual oleh pengacara yang saya minati, iaitu Tuan Ahmad Fedtri Yahya.

Bualbicara berlangsung selama hampir 10 minit dan saya menceritakan perkara-perkara yang berkaitan dengan motivasi secara santai. Antara perkara yang saya sentuh ialah kepentingan menetapkan matlamat, kaedah mengelakkan kejatuhan motivasi, jangan sempitkan dunia dan sebagainya.

Semoga usaha ini mendapat redha Allah dan bakal memberikan manfaat kepada ramai pelajar, in sha Allah!

Jumlah Pelawat

 

Ikuti Blog Ini

Sebarang Pertanyaan

Emel kami: hamirudin@gmail.com

Jurubina