Motivator Amir




Motivator Amir (Hamirudin Hamidi) merupakan seorang penulis buku motivasi dan perunding motivasi. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Taman Selayang (1) sebelum melanjutkan pendidikan menengah dan pra universiti di SMK Maxwell, Kuala Lumpur. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Sains) Pengajian Maklumat (Kepujian) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam pada tahun 2001. Beliau juga sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Beliau sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Pustakawan dan Pustakawan Kanan di beberapa buah agensi berkaitan kerajaan dan swasta selama 12 tahun. Kini beliau adalah penggerak konsultansi beliau iaitu Amir Hamidi Consultant (AHC).

Motivator Amir telah berjaya menulis dua buah buku motivasi terbitan Must Read Sdn Bhd iaitu: 

  1. Siapa Kita 10 Tahun Lagi? (2011)
  2. Survival Kit Pelajar Menengah (2013)

Beliau pernah tampil di rancangan Selamat Pagi 1 Malaysia pada 22 September 2011 untuk membicarakan mengenai buku pertama beliau, ‘Siapa Kita 10 Tahun Lagi?' bersama pengacara rancangan, Tuan Ramli Awang Mursyid. Beliau sekali lagi muncul di kaca tv tetapi kali ini di Malaysia Hari Ini (MHI) pada bulan September 2013 untuk membicarakan mengenai buku kedua beliau, 'Survival Kit Pelajar Menengah'.

Motivator Amir boleh dihubungi di 018 988 28 57




Jumlah Pelawat

 

Ikuti Blog Ini

Sebarang Pertanyaan

Emel kami: hamirudin@gmail.com

Jurubina